Home

19 Nov 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca..
Di sini saya nak kongsikan satu lagi resepi yang mudah, iaitu Lobak Putih Ikan Bilis. Selalunya loabk putih ni ada dijual di pasaraya dalam peket. Terlupa pula nak ambil gambar. Tapi, resepi ni memang mudah dan sedap kalau dimakan dengan nasi panas. Baiklah, ini resepi dia :

Lobak Putih Masak Ikan Bilis


Bahan-bahan :

Lobak Putih (setengah peket) - dihiris
Ikan Bilis (sebanyak dengan bawang besar) - dibelah dua
Bawang besar (3 biji)  - dihiris
Kicap masin
Kicap manis
Kicap pekat soya
Gula



ni lah lobak putih
Cara-caranya :
1. Goreng dulu ikan bilis. Jangan terlalu garing. Asingkan.
2. Tumiskan bawang besar dengan minyak ikan bilis tadi dengan api perlahan. biarkan masak sekejap. 3. Campurkan ikan bilis tadi bersama dengan bawang besar. Gaul sehingga sebati.
4. Campurkan dengan lobak putih yang telah dihiris. Gaulkan bersama.
5. Masukkan kicap masin, kicap manis, kicap soya dan gula sedikit. (Kicap soya hanya untuk melekatkan bahan dan masukkan sedikit sahaja.) 
6. Gaulkan dan masukkan sedikit air untuk masakkan lobak. Biar sehingga masak.
7.  Siap dihidangkan. 
yang ni saya terlebih letak kicap, bukan hangus tau. haha

Selamat mencuba!

5 Oct 2015

Resepi Ketam Masak Kari Telur yang mudah

Bahan-bahan (makan 2 ke 3 orang)

*Ketam 4 ekor (dibelah 2)
Serbuk kari yang dicampur dengan air (5 ke 6 sudu makan) *ikut citarasa masing-masing
*Bawang putih (4 ke 5 biji)
*Bawang merah (6 ke 7 ulas)
Kayu manis (1 batang dipatah 2)
Bunga cengkih (4 kuntum)
Buah pelaga (4 biji)
*Serai (2 batang)
Telur (2 biji)
Asam keping (2 keping) *ikut citarasa masing-masing
Garam
Ajinomoto


Cara-cara memasak

1.  Tumbuk bahan yang bertanda *.
2.  Tumis bersama dengan kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau.
3.  Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Tunggu sehingga minyak kari keluar                (membuih) *Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
4.  Masukkan ketam dan gaul sekata. Tunggu seketika.
5.  Tambahkan air untuk memudahkan ketam masak. *sukatan air jangan terlalu banyak
6.  Letak garam, ajinomoto dan asam keping.
7.  Tunggu kering sedikit.
8.  Letak telur dan gaul.

Siap!!



Cuba lah...sedap dan mudah..