Home

22 Jun 2016

Disclaimer
All content provided on this "ratukayangan88@gmail.com or http://bellaqueenie08.blogspot.my/" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of "http://bellaqueenie08.blogspot.my/" will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
http://bellaqueenie08.blogspot.my/This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.disclaimer

2 Mar 2016

Resepi Corned Beef yang mudah

Assalamualaikum semua..hari ini, saya nak kongsikan resepi Corned Beef masak kicap. Dah lama dah nak mengidam makan Corned Beef ni. Kebetulan pulak kakak pergi lawatan kerja ke Miri Sarawak. Dapat jugak kirimkan Corned Beef buatan Brunei. Sedapp..

inilah Corned Beef dari Brunei. Dijamin Halal

Jom..kita mulakan!

Bahan-bahan :

4 biji bawang putih (dihiris)
4 biji bawang merah (dihiris)
2 tangkai cili padi (dihiris & dibuang biji)
*boleh juga kalau nak tambahkan halia (hiris)
 Sekotak Corned Beef (dicincang dengan sudu)
Kicap manis
Kicap masin


 Cara-cara :

1. Tumiskan semua bahan yang dihiris.



 2. Masukkan Corned Beef dan gaulkan sebati.
     *gaul sambil tambahkan minyak supaya corned beef tidak hangus & melekat.


3. Masukkan kicap masin & kicap manis (cukup-cukup rasa)
    *gaul sambil tambahkan minyak supaya corned beef tidak hangus & melekat.


4. Siap dihidangkan (boleh tapis untuk buangkan lebihan minyak).




Makan dengan nasi yang panas-panas. Sedapp..
Selamat menjamu selera!

19 Nov 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca..
Di sini saya nak kongsikan satu lagi resepi yang mudah, iaitu Lobak Putih Ikan Bilis. Selalunya loabk putih ni ada dijual di pasaraya dalam peket. Terlupa pula nak ambil gambar. Tapi, resepi ni memang mudah dan sedap kalau dimakan dengan nasi panas. Baiklah, ini resepi dia :

Lobak Putih Masak Ikan Bilis


Bahan-bahan :

Lobak Putih (setengah peket) - dihiris
Ikan Bilis (sebanyak dengan bawang besar) - dibelah dua
Bawang besar (3 biji)  - dihiris
Kicap masin
Kicap manis
Kicap pekat soya
Gula



ni lah lobak putih
Cara-caranya :
1. Goreng dulu ikan bilis. Jangan terlalu garing. Asingkan.
2. Tumiskan bawang besar dengan minyak ikan bilis tadi dengan api perlahan. biarkan masak sekejap. 3. Campurkan ikan bilis tadi bersama dengan bawang besar. Gaul sehingga sebati.
4. Campurkan dengan lobak putih yang telah dihiris. Gaulkan bersama.
5. Masukkan kicap masin, kicap manis, kicap soya dan gula sedikit. (Kicap soya hanya untuk melekatkan bahan dan masukkan sedikit sahaja.) 
6. Gaulkan dan masukkan sedikit air untuk masakkan lobak. Biar sehingga masak.
7.  Siap dihidangkan. 
yang ni saya terlebih letak kicap, bukan hangus tau. haha

Selamat mencuba!

5 Oct 2015

Resepi Ketam Masak Kari Telur yang mudah

Bahan-bahan (makan 2 ke 3 orang)

*Ketam 4 ekor (dibelah 2)
Serbuk kari yang dicampur dengan air (5 ke 6 sudu makan) *ikut citarasa masing-masing
*Bawang putih (4 ke 5 biji)
*Bawang merah (6 ke 7 ulas)
Kayu manis (1 batang dipatah 2)
Bunga cengkih (4 kuntum)
Buah pelaga (4 biji)
*Serai (2 batang)
Telur (2 biji)
Asam keping (2 keping) *ikut citarasa masing-masing
Garam
Ajinomoto


Cara-cara memasak

1.  Tumbuk bahan yang bertanda *.
2.  Tumis bersama dengan kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau.
3.  Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Tunggu sehingga minyak kari keluar                (membuih) *Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
4.  Masukkan ketam dan gaul sekata. Tunggu seketika.
5.  Tambahkan air untuk memudahkan ketam masak. *sukatan air jangan terlalu banyak
6.  Letak garam, ajinomoto dan asam keping.
7.  Tunggu kering sedikit.
8.  Letak telur dan gaul.

Siap!!



Cuba lah...sedap dan mudah..