Home

19 Nov 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca..
Di sini saya nak kongsikan satu lagi resepi yang mudah, iaitu Lobak Putih Ikan Bilis. Selalunya loabk putih ni ada dijual di pasaraya dalam peket. Terlupa pula nak ambil gambar. Tapi, resepi ni memang mudah dan sedap kalau dimakan dengan nasi panas. Baiklah, ini resepi dia :

Lobak Putih Masak Ikan Bilis


Bahan-bahan :

Lobak Putih (setengah peket) - dihiris
Ikan Bilis (sebanyak dengan bawang besar) - dibelah dua
Bawang besar (3 biji)  - dihiris
Kicap masin
Kicap manis
Kicap pekat soya
Gula



ni lah lobak putih
Cara-caranya :
1. Goreng dulu ikan bilis. Jangan terlalu garing. Asingkan.
2. Tumiskan bawang besar dengan minyak ikan bilis tadi dengan api perlahan. biarkan masak sekejap. 3. Campurkan ikan bilis tadi bersama dengan bawang besar. Gaul sehingga sebati.
4. Campurkan dengan lobak putih yang telah dihiris. Gaulkan bersama.
5. Masukkan kicap masin, kicap manis, kicap soya dan gula sedikit. (Kicap soya hanya untuk melekatkan bahan dan masukkan sedikit sahaja.) 
6. Gaulkan dan masukkan sedikit air untuk masakkan lobak. Biar sehingga masak.
7.  Siap dihidangkan. 
yang ni saya terlebih letak kicap, bukan hangus tau. haha

Selamat mencuba!